Saturday, January 15, 2022

Danisya Cemerlang UPKK 2021

 Alhamdulillah Nisya cemerlang dalam UPKK yang diumum pada awal Januari 2022. Nisya mendapat 7A 1B. Papa claim hadiah tunai RM30 dari BKKS IKM Lumut atas kecemerlangan anak2 staf ahli BKKS.


Kakak Nur Dania masuk Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng

Alhamdulillah Kakak diterima masuk belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng Perak sama tempat dengan mak Ode. Kakak belajar online dulu disebabkan PKP.  

Kakak Nia Cemerlang SPM 2020

 Alhamdulillah keputusan SPM kakak cemerlang. Tahniah Kakak

Saturday, July 31, 2021

Kakak NurDania selepas habis SPM 2020

 Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Semua sihat walaupun dah setahun lebih Covid-19, Allah takdirkan sebagai ujian kepada makhlukNya. Dania anak sulung pun dah habis pengajian tingkatan 5 di MRSM Sungai Besar. SPM 2020 yang ditangguh ke awal 2021 disebabkan Covid. Kawan2 Nia kat MRSM Subes pun ramai yang positif dihantar ke MAEPS Serdang utk rawatan. Selepas 3 bulan bertapa di MRSM tanpa PapaMama tengok sbb tak boleh rentas negeri, akhirnya Nia selesai SPM disitu dan balik Manjung.

Alhamdulillah Nia cemerlang dalam SPM dapat 6A seperti slip di bawah. Tahniah kakak. Moga makin berjaya dan menjadi contoh kepada adik2. Nia apply dan masuk Matrik Gopeng bermula Isnin 26/7/2021 secara maya. 

Thursday, May 14, 2020

PKP Covid19 Anak2 Belajar Dari Rumah

Sejak PKP kuatkuasa 18Mac2020 hingga kini iaitu sejak balik Travel Kundasang-KK Sabah, anak2 semua study kat rumah secara online.


Thursday, March 19, 2020

Cuti2 Kundasang - KK Mac 2020

Cuti2 sekolah 15-18 Mac 2020, 4 hari 3 malam, bersama keluarga kawan Mama - Cikgu Rosni. Cuti kali ni agak mencabar sebab musim Coronavirus Pandemic global seluruh dunia. Hari pertama sampai KK, terus ambil van drive ke Kundasang singgah sebentar di Tamparuli. Hari kedua ke Desa Farm, Spa Fish Sg Moroli, Ranau. Then, terus balik KK, menginap di OYO 11 hotel. Makan malam di tepi pantai Likas. Hari ke3 snorkling di Pulau Manukan dan Mamutik. Malam makan di Pasar Filipin. Beli barang dan souvineer. Hari ke 4 pagi2 dah ke KKIA nak balik Semenanjung. Agak mencabar sebab larangan pergerakan Covid19 bermula.



Add caption

Bajet utk rujukan:
Flight RM2796 (5 orang)
Parking RM27+5 (Salak Tinggi + Jetty Bot KK)
Sewa van RM375 (RM750/2)
Diesel RM100
Hotel Kupi2 Kundasang RM198 (2 x queen bed)
Tiket Desa Dairy Farm RM22
Tiket Fish Spa Sg Moroli RM22
Hotel OYO KK 2 malam RM280 (2 x queen bed)
Bot ke Pulau RM45x4 + RM30 (boat charted include jacket, snorkling and terminal fee)
Masuk Pulau RM5x4 + RM2 (fee untuk semua pulau)
Makan2  RM443 (sepanjang 4 hari 3 malam)
Dobi RM25
Souvineer RM138
Lain2 RM15 (DBKK)
ERL 2 hala RM43 (Salak Tinggi - KLIA2)

Total Perbelanjaan RM4722 (seorang RM944)

Video link di youtube 1 ===> Kundasang KK
Video link di youtube 2 ===> Manukan Mamutik

Sunday, January 26, 2020

Anak2 Masuk Sekolah 2020

2020 Kakak Nia Tingkatan 5 di MRSM Sungai Besar. Amir Tingkatan 1 di At-Ta'alim Lekir. Nisya darjah 4 Muslim di SERI At-Ta'alim Manjung. Kakak senior asrama 5 orang 1 dorm. Amir naik van pukul 650 pagi dah keluar. Nisya Papa hantar tiap pagi. Moga Allah berikan kejayaan untuk anak2 dunia dan akhirat. Amin....