Sunday, November 15, 2009

Hari Anugerah Tadika Roza 2009









Hari ni 15 Nov 2009, Tadika Roza buat hari Anugerah. Nia buat persembahan nyanyi dan menari lagu "Sunshine". Nia diumumkan dapat anugerah cemerlang no1 untuk umur 6 tahun. Tahniah Papa dan Mama ucapkan untuk anak Papa dan Mama sayang ni...

Sunday, September 27, 2009

Amir dan Mama dalam Sinar Harian Ahad


Sabtu 4.oo ptg semalam, masa majlis sambutan raya penduduk Desa Manjung Raya, Amir dan Dania dapat duit raya sorang RM5 dari isteri MB Perak. Majlis kat padang surau DMR, Venice of Perak. Ni ler gambar yg papa tak sempat nak ambik gambar, tapi wartawan Sinar sempat ambik..

Friday, September 25, 2009

Ulang Tahun Muhammad Amir ke 2

Majlis bday Amir ke 2 tahun dibuat pada hari raya ke 2, pada 21 Sept 09, walaupun Amir lahir 4 Sept 2007. Tunda sebab bulan puasa. Majlis Amir kali ni sama macam tahun lepas dibuat di kampung Selekoh pada raya ke 2. Video di bawah boleh dilihat melalui internet explorer.

Aidilfitri 2009

Aidilfitri 2009 kali ni merupakan sejarah untuk Nur Dania anak sulungku, sebab berjaya berpuasa selama 13 hari terakhir berturut-turut. Pada awal Ramadan minggu pertama dan kedua, Dania cuba berpuasa untuk separuh hari sahaja. Tahniah Papa dan Mama ucapkan kepada Nia kerana berjaya berpuasa. Memandangkan Papa dah janji tahun 2009 ni sehari RM10, maka, Nia layak menerima RM130. Papa simpan dalam Amanah Saham Didik Nia ye...

Saturday, July 11, 2009

Hadiah Nia sampai


Hadiah Nia menang pertandingan mewarna majalah Aulad.. lama tunggu baru sampai 9/7/2009 lalu.

Sunday, June 21, 2009

Majlis Pertemuan Ibu Bapa Tadika Roza



Hari ni 21 Jun 2009, majlis khas pertemuan pengurusan Tadika Roza dgn ibu bapa berkaitan perkembangan pembelajaran anak-anak. Dania dalam kelas Alpha (6tahun), dapat banyak A. Menurut guru besar dia, Cikgu Ros Dania budak yg aktif, boleh jadi pengawas atau ketua kelas nanti sekolah rendah. Dia suka melapor kepada cikgu apa yg tak kena dalam kelas. Buat kerja dengan cepat, masalahnya bila dah siap dulu, dia suka kacau orang lain, sampaikan bergaduh, kata cikgu Ros. Nia suka bagi pandangan, masalahnya dia nak semua orang ikut pandangan dia. Itu yg bergaduh tu... kata cikgu. Dari segi penilaian kalau diadakan markah, Dania nombor satu dalam kelas. Tahun lepas Nia dapat no 2 masa umur 5 tahun. Alhamdulillah setakat ini, Nia dah lancar membaca dan menghafal doa. "Semoga Nia jadi orang yang baik", pesan Papa&Mama.

Sunday, June 14, 2009

Amir Menulis





Lama tak update blog ni... Kali ni cerita untuk Amir.. Dia suka menconteng... tapi mulut sebut "A". Nampak gayanya Amir ni kidal... papa dan mama bukan kidal.. makngah dia kidal. Lain pulok Amir ni. Amir tetap anak papa & mama...

Saturday, April 25, 2009

Family Day PJE 4 April 2009

Family day PJE IKML Sabtu 4 April 2009 lalu kat Spg Pulai meriah gak. Hampir semua warga PJE IKML turun. Banyak program sukaneka diadakan. Dania dengan Amir joint skali. Nia masuk pertandingan mewarna dapat No 1, pertandingan isi air dalam botol Nia dapat No 3. Amir masuk pertandingan ambik mainan. Dapat mainan loceng. Jadilah ye Meer. Papa dengan Mama masuk pertandingan balut mummy, dapat No 2. Papa joint Mak Ode masuk pertandingan jigsaw puzzle, dapat No 3. Teka kacang pun dapat 1 hadiah. Hadiah dapat banyak boleh buka kedai runcit. Pastu kami sekeluarga naik Cameron tido kat Iris Hotel semalam. Ni ler gambar2 Dania dengan Amir masa pertandingan tu...
Video family dah PJE kat bawah boleh dilihat jika menggunakan internet explorer.

Wednesday, April 22, 2009

Dari Blog Stesma Forever Miss Cheah Lina

Friday, April 10, 2009





LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER

The pretty little girl in the picture is Dania. She looks very much like a mini version of her mother, Puan Nodiana. While her mum was busy learning how to use the EduWeb TV, little Danie was entertaining herself by making shadow pictures with light from the LCD projector on the portable screen.



http://stesmaforever.blogspot.com/2009/04/like-mother-like-daughter-pretty-little.html

Post Pertama Dalam Sejarah


Idea nak buat blog perkembangan anak2 ni mula bila Dania anak sulung Papa menang pertandingan mewarna dalam majalah Aulad keluaran 81, dapat tempat pertama. So, lepas ni segala rujukan perkembangan Anak2 boleh le rujuk blog ni. Ni lah dia page dari majalah Aulad yang ada nama Nia menang... Alhamdulillah.