Sunday, June 21, 2009

Majlis Pertemuan Ibu Bapa Tadika Roza



Hari ni 21 Jun 2009, majlis khas pertemuan pengurusan Tadika Roza dgn ibu bapa berkaitan perkembangan pembelajaran anak-anak. Dania dalam kelas Alpha (6tahun), dapat banyak A. Menurut guru besar dia, Cikgu Ros Dania budak yg aktif, boleh jadi pengawas atau ketua kelas nanti sekolah rendah. Dia suka melapor kepada cikgu apa yg tak kena dalam kelas. Buat kerja dengan cepat, masalahnya bila dah siap dulu, dia suka kacau orang lain, sampaikan bergaduh, kata cikgu Ros. Nia suka bagi pandangan, masalahnya dia nak semua orang ikut pandangan dia. Itu yg bergaduh tu... kata cikgu. Dari segi penilaian kalau diadakan markah, Dania nombor satu dalam kelas. Tahun lepas Nia dapat no 2 masa umur 5 tahun. Alhamdulillah setakat ini, Nia dah lancar membaca dan menghafal doa. "Semoga Nia jadi orang yang baik", pesan Papa&Mama.

Sunday, June 14, 2009

Amir Menulis





Lama tak update blog ni... Kali ni cerita untuk Amir.. Dia suka menconteng... tapi mulut sebut "A". Nampak gayanya Amir ni kidal... papa dan mama bukan kidal.. makngah dia kidal. Lain pulok Amir ni. Amir tetap anak papa & mama...