Wednesday, October 13, 2010

Bday Amir 3 tahun

Tiap2 tahun bday anak Papa sorang ni jatuh bulan Ramadhan. So, selalu kena buat lepas Raya lah... Amir tahun ke tiga ni dapat hadiah kereta bateri kesukaan dia daripada Papa & Mama... suka sangat Keta AMir ni... hari2 lukis keta...

Sunday, July 18, 2010

Nia dapat anugerah kecemerlangan SERI Ta'lim


Nur Dania mendapat anugerah kecemerlangan Akademik dan Addiniah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 untuk darjah 1. Pada exam tengah tahun tu Nia dapat no 13 dpd 37 org murid dalam kelas 1 Bukhari. Dan mendapat no 19 dalam keseluruhan murid darjah 1 sekolah rendah Islam At-Ta'lim Seri Manjung. Tanhniah Nia...

Danisya berkhatan

Sabtu 17 Jul 2010, Nur Danisya anak ke 3 papa dan mama berkhatan pada usia 4 bulan 5 hari di Poliklinik Perdana Lumut oleh Dr Saadiah pada jam 10.30 pagi.

Tuesday, June 29, 2010

Perjumpaan Ambil Result Ujian Darjah 1 At-Ta'alim Sekolah Nia

Jumaat 25 Jun 2010, perjumpaan dengan guru kelas 1 Bukhari, Nia dapat tempat 13 dalam kelas.. dan tempat 19 dalam darjah. Jumlah pelajar lebih 100 orang. Tahniah Nia. Teruskan usaha sampai dapat no 1 dalam darjah... macam Papa masa sekolah dulu2 ... hehe

Friday, June 4, 2010

Bday Nia ke 7 -D'Muara Lumut

Nia 3/6/10 lalu dah pun berumur 7th. Sambut Bday kat D'Muara Lumut dengan Kak Ida dan family. Dari pukul 6.15 sampai 7.20 malam. Pas tu, semua balik rumah. Nia dah masuk 7th. Papa dah mestikan Nia solat 5 waktu...

Tuesday, March 16, 2010

Lahirnya Nur Danisya

Alhamdulillah Jumaat 12 Mac 2010 jam 4.11ptg lahirnya Nur Danisya Bt Mohd Yusoff, cahayamata puteri ke tiga di Klinik Yasmin, Venice of Perak, Lumut. Berat Nisya 3.4kg, berbanding abangnya Amir 3.6kg dan kakaknya Nia 2.7kg. Mama masuk klinik daftar jam 9.30pg. Jam 11pg baru jumpa Dr Yasmin. 11.15 induce... mama mula sakit jam 2.00ptg. Papa pegi solat Jumaat kat masijid belakang klinik. Jam 3.30 ptg mama sakit sangat. Jam 4.00ptg Dr Yasmin sampai. Mama masuk Labour room. Jam 4.11 ptg Nisya lahir dengan selamatnya. ALHAMDULILLAH.

Sunday, February 14, 2010

Sukan SERI Ta'lim ke 12






Sukaneka sekolah anakku Dania pada pagi Sabtu 13 Feb 2010 di Mini Stadium Seri Manjung. Nia masuk acara Pening Kepala (pundi kacang) dan lari 8x50m. Ke dua acara Nia menang dapat emas. Tahniah ye anakku Nurdania papa ucapkan...

Wednesday, January 6, 2010

Nia ke Sekolah Ta'lim

Alhamdulillah anak sulungku dahpun memasuki alam persekolahan sekolah rendah, darjah satu Sekolah Rendah Agama At-Ta'alim Seri Manjung bermula 4 Jan 2010. Nia masuk kelas 1 Bukhari, setelah melalui ujian penentuan kelas pada 1 Jan 2010. Guru kelas Ustazah Azira. Hari pertama Nia ok jer... boleh tinggal, dan dapat kawan baru Afifah. Setiap hari Papa hantar dan ambik Nia kat sekolah. Nia balik 2.30 ptg.