Sunday, December 25, 2016

Jalan2 KL Disember 2016

22/12/16 Ke KL terus ke rumah terbalik kat Menara KL. Otw ke rumah MakOde beli burger & poridge Marrybrown. Malam tidur kat rumah Mak Ode.

23/12/16. Papa kerja. Petang Sya & Amir ikut Papa ke office tingkat 20 MARA. Mama & Kakak Nia ke PWTC (Mode Republic). Pukul 530 check in kat Empire Resthouse Damansara. Malam jalan2 IKEA & The Curve (Borders)

24/12/16. Pukul 1030 checkout. Makan kat restoren Bumbung Biru Kg Baru KL. Pukul 1130 sampai KLCC. Masuk Petrosains 2 jam jugak lamanya. Pukul 4 check in Prescott Medan Tuanku. Petang MakOde dan MakUsu jalan2 dengan Mama kat jalan TAR. Papa beli makanan kat Marrybrown. Malam makan2 kat Hanifa restoren mamak. Jalan2 QuillMall beli pizza.

25/12/16. Pukul 1030 check out balik Manjung.

Bajet:
Rumah Terbalik RM65
Petrosains RM54
Empire Damansara RM150
Prescott RM160

Sunday, December 11, 2016

Cuti2 Pangkor 3 Disember 2016

Cuti2 Pangkor bawa Anak2 PapaMama tidur kat MNY hotel. Berkayak ke Pulau Giam. Nisya 1st time kayak dengan Papa. Pastu Mama dgn Kakak. Last Papa dgn Amir.

MNY Hotel = RM165
Feri = RM40
Taxi = RM17+15
Kayak = RM20
Makan2 = RM50


Monday, November 14, 2016

Konvokesyen Little Caliph NurDanisya

Konvokesyen tadika Little Caliph Nisya pagi Sabtu 12/11/2016 kat Orien star Hotel. Gambar bawah sekali Nisya di hari terakhir ke Tadika Little Caliph...






Monday, October 31, 2016

Cuti2 Langkawi 28-30 Okt 2016

Cuti2 Langkawi Jumaat 28Okt16, pukul 11 bertolak dari Manjung ke Airport Bayan Lepas. Amir exam Hadis sebelah pagi balik awal. Parking airport RM24 sehari. Flight Airasia pukul 4.15ptg delay ke pukul 4.40 ptg. Sampai Langkawi pukul 5.20ptg. Ambik kereta sewa kat sdr Azizan (Ringgo) Suzuki Swift RM110 sehari. Harga peak Deepavali. Drive ke hotel Malibest Resort Pantai Cenang. Bilik 2 katil Queen RM190. Malam makan kat area Hotel. Makan tomyam, gerut 3 rasa dll RM74. Jalan2 pantai tengok orang main api, jalan2 kedai baju banyak sekitar hotel. Pukul 11.30 malam baru masuk bilik.



















Esok paginya Sabtu 29Okt16, mandi2 kolam dan pantai. Seronok anak2 PapaMama mandi sampai pukul 1030pg. Checkout pukul 1200tgh, ke Underwaterworld. Tiket RM145 satu family. Masuk mainan gempa bumi taufan RM74 satu family. Anak2 suka main lukisan digital akuarium. Lukis dan masukkan ikan dalam akuarium digital. Puas Nisya tengok penguin dll. Keluar Underwater dalam pukul 1.00, makan kat restoren bendang buatan. Nasi kari ayam kg RM81. Lepas makan terus ke Hotel HIG Kuah. Dapat harga promosi Agoda 45%, RM135 tapi bilik luas dan moden. Ptg beli barang2 kat pasaraya HIG  dan makan malam bungkus kedai makan depan HIG je. Malam drive kereta ke pekan Kuah, beli barang lagi. (total barang RM800++).













Esok pagi 30Okt16 checkout pukul 730pagi. Ke airport Langkawi, singgah sarapan makan nasi dan singgah bergambar atas bukit depan airport. Flight Airasia pukul 9.55 sampai Bayan Lepas 10.35. Flight Airasia Penang Langkawi return RM735 (balik add bagasi 15kg). Drive sampai Majung dalam pukul 1, singgah makan kat pesta makanan Thai kat parking AEON Manjung.  Terbaik cuti2 Malaysia... seronok Anak2 PapaMama.



Konvokesyen Papa UniKL UAS Rosenheim Master of Green Energy & Efficiency Building MGEEB

Konvokesyen Master In Engineering Technology Green Energy & Efficient Building UniKL UAS Rosenheim papa kat PICC Putrajaya pada pagi Sabtu 22 Okt 2016




























Malam sebelum konvo menginap di Cyberjaya Mirage by the Lake. Dalam 10 minit ke PICC. Dari tingkat 11 Condo tu Nampak dekat je PICC. Condo 2 bilik tingkat 11 mengadap gym, rooftop garden dan tasik Purajaya harga RM300.








Cuti2 Cameron 16 September 2016

Jalan2 Cameron dgn Atuk Opah MokOde MokUsu. Tidur semalam kat Brinchang. Malam jln2 pasar malam.