Monday, December 25, 2017

Cuti2 Perlis 18-20 Dis 2017

Cuti sekolah 2017 Jalan2 Perlis jer sebab Papa ada kerja kat IKM Beseri Perlis. Tidur 3 malam kat Seri Malaysia Perlis, Nisya mandi 3 pagi berturut2... Pandai Nisya menyelam dah.. Jalan2 Gua Kelam, Padang Besar, Gua Cenderawasih. Balik Manjung terus ke KL tidur rumah Mak Ode dan Hotel Grand Campbell, Hotel Presscott, Tengok movie Jumanji. Balik Manjung semula pada 24 Dis 2017.



Movie youtube jalan2 Perlis ===>

Sunday, December 3, 2017

Cuti2 Genting Bukit Tinggi Pahang Oktober 2017

Jalan2 Genting & Bukit Tinggi Oktober 2017 ni pun Papa lupa nak update dalam blog. Video youtube link boleh klik kat bawah

<== Klik sini untuk video

Cuti2 Pangkor September 2017

Lupa nak update cuti2 Pangkor 22-23 September 2017 dalam blog ni. Nak tengok video youtube ada je dalam link di bawah.


Cuti2 Pangkor September 2017 <== klik sini

Peperiksaan Akhir Anak2 2017

Alhamduluillah, syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Illahi. Kakak Nia, Amir dan Nisya ada peningkatan dalam exam akhir masing2.

Nia maintain no 1 dalam kelas dan keseluruhan dalam tingkatan 2 dengan peningkatan peratus markah keseluruhan. Terbaiklah kakak!

Amir dapat no 16 berbanding no 23 semasa peperiksaan pertengahan tahun. Keseluruhan darjah 4 Amir pada kedudukan no 87. Harap Amir dapat naik ke kelas 5 Muslim tahun 2018 sebab Amir skor subjek Addiniah. Ustaz cakap kedudukan dalam kelas rujuk subjek Addiniah.

Nisya dapat no 9 berbanding no 4 masa peperiksaan pertengahan tahun. Peratus markah turun sikit. Tapi pada kedudukan no 57 dalam keseluruhan darjah 1, InsyaAllah Nisya akan naik kelas 2 Muslim tahun hadapan,

Tahniah kepada semua anak2 Papa&Mama. Moga terus berjaya hidup dunia dan akhirat, Amin....


Friday, September 8, 2017

Family Holiday Krabi - Hatyai 27-31/8/17

Cuti seminggu sebelum raya cuti 5 hari 4 malam ke Kangar-Krabi-Hatyai. Boleh tengok youtube 1/2 jam kat bawah ni utk video dan gambar


Video Jalan2 Krabi 2017  <== Klik sini

Saturday, August 26, 2017

Hari Lahir Mama 2017 - Swiss Garden Damai Laut

Alhamdulillah. Family holiday kat Swiss Garden Damai Laut. Sambut hari lahir Mama ke 41 tahun pada 21.08.2017. Moga Allah berikan kebaikan, kesihatan, kejayaan, kebahagian dan semuanya yang baik2 untuk Mama.


Monday, July 24, 2017

Penutup Syawal 2017

Sabtu 22/7/2017
9.15 pagi Majlis Raya Aidulfitri 2017 Maahad Islahiah Addiniah MIA + Penyerahan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun sekolah Nia 2017. Alhamdulillah Nia berjaya kekalkan no 1 dalam tingkatan. Menu jamuan : Laksa, lemang, rendang, nasi tomato dll. Lepas makan2 terus ke Sunway ke rumah MakUsu.
2.00 ptg sampai Sunway. Sambutan raya ramai jugak datang rumah MakUSu. Menu : Nasi himpit, pulut kuning, rendang ayam, cheescuit, cheescup, nasi ayam, megi goreng, nugget, sirap dll. Kenyang Alhamdulillah. TQ MakUsu jemput dan buat open house.
4.30 ptg Papa bersama Nisya dan Amir ke Sunway Piramid. Seronok dapat main macam2 game yang dibuat oleh TM Unifi.
7.30 mlm bergerak ke rumah MakOde. Malam tidur kat rumah MakOde. Esok paginya terus balik Manjung. Singgah makan kat Nasi Bamboo Sg Kelah.

Tuesday, July 18, 2017

Nisya & Basikal 17/7/17

Hari ni 17Julai2017 dalam sejarah Nisya dah pandai kayuh basikal tanpa roda bantuan. Terbaiklah Nisya. Darjah satu baru pandai kayuh basikal...

Tuesday, June 27, 2017

Eidulfitri 2017 1438H

Alhamdulillah dah selesai Ramadhan1438. Tahun ni Danisya 1st time puasa penuh.
- Raya pertama kat Selekoh. Sempat jalan rumah mak kecik je.
- Raya ke 2 kat PBuntar. Pagi Papa & Tok ziarah kubur arwah Tokwan & arwah PakTeh. Petang rumah PakNdak dengan rumah kawan Papa kat Tebok Hj Musa.
- Raya ke 3 ke rumah MakLong rambutan.
- Raya ke 4 Maklong abg Syahmi dengan Atok Opah Selekoh datang Manjung. Jalan raya kat rumah Abang Long Kg Deralik. Malam grill kat rumah.
- Raya ke 5 Mak Oder datang - malam baru sampai.
- Raya ke 6 tak kemana2.
- Raya ke 7 Shaza kawan Nisya datang.
- Raya ke 8 ke rumah Mak Ida pengasuh Nia & Amir.

Kutipan duit raya anak2 tahun ni:
- Kakak Nia RM930 (campur tahun lepas)
- Abang Amir RM510
- Nisya RM510
 * Tahun ni Nisya dan Amir dapat upah puasa penuh RM5 sehari.






Saturday, June 3, 2017

Hanah Selwah Nur Dania ke 14th

Selamat Hari Lahir kakak Dania yang ke 14. Moga yang terbaik Allah kurniakan untuk anak Papa yang sulung ni. Sentiasa sihat, ceria, dikurniakan rezeki yang berkat, berjaya dunia akhirat, jadi anak yang solehah dan jadi contoh kepada adik2...

Wednesday, May 31, 2017

Cuti2 Ramadhan 2017 / 1438H

Cuti Sekolah 2 minggu
Terawikh pertama bawa anak2 ke masjid Al Ikhwan Venice. Semua seronok.
Hari pertama pada hari Sabtu. Jumpa Tok Parit Buntar kat Felcra rumah maklong. Nisya ambik itik maklong. Berbuka umbut kat Selekoh. Terawikh kat Masjid Selekoh dgn Amir.
Hari ke2 berbuka kat Selekoh. Menu udang cili, petola, ikan kari. Lepas Isya bertolak ke rumah mak Ode. Pukul 1245 baru sampai jln jem. Tak sempat Terawikh malam ni.
Hari ke3 berbuka kat rumah Mak Ode. Makan nasi bukhari Pak Tam. Terawikh kat Masjid Darul Kifayah dgn Amir.
Hari ke4 check in hotel Grand Campbell. Berbuka kat mcD bawah MARA. Marybrown tutup. Makan nasi briani arab & burger. Terawikh kat Masjid Polis Dang Wangi satu family.
Hari ke5 berbuka dalam hotel. Nasi tomato, bubur lambok. Terawikh kat Masjid Polis Dang Wangi satu family. Lepas Terawikh jalan2 Pasar Ramadan Jln TAR. Meriah...
Hari ke6 berbuka kat Food Court Parkson Maju Junction. Beli baju raya. Terawikh last kat Masjid Polis Dang Wangi satu family. Esok nak balik Manjung. Rindu nak balik rumah..
Hari ke7 petang balik Manjung. Sampai rumah 7.10 petang, berbuka beli bazar Ramadan Lekir

Shopping Raya : RM1,250.
Hotel : RM430 (3 malam bilik Executive + 2 malam bilik Superior)
Makan2 berbuka 6 malam : RM300

Thursday, April 27, 2017

Birthday Dina & Jalan2 KL April 2017

22 April 2017 Sabtu
Jalan2 Pasar Malam Jln TAR. Tidur kat Grand Campbell.
23April 2017 Ahad
Bday Dina yang ke 2 tahun anak Mak Ode kat rumah Mak Ode kat Darul Kifayah.

Friday, April 21, 2017

Hari Anugerah MIA 2016

Alhamdulillah hari ni 21/4/17 kakak Nia dapat Anugerah no1 dalam exam tingkatan 1 MIA 2016. Tahniah kakak.... Moga jadi inspirasi adik2... Muhammad Amir & Nur Danisya
































Terkini dalam ujian 1 tingkatan 2 kakak masih maintain no 1 dalam tingkatan. Tahniah kakak...


Papa dulu dari tingkatan 1 pun masih ingat.
1A6 - no 1 dalam kelas
2A2 - no 1 dalam kelas, no 13 dlm tingkatan.
3A1 - no berapa tak ingat, tapi top 10
4Sains - no 1 dalam tingkatan
5Sains - no 1 dalam tingkatan.

Alhamdulillah terbaik SPM 1994 pangkat 1, 13 agregate kat Sekolah Menengah Sri Perak, Parit Buntar. Tapi majlis anugerah Papa tak pi pun. Sedih... sebab masa tu takda telefon, Tak tahu pun ada majlis anugerah.

Tuesday, March 21, 2017

Cuti2 Langkawi & Bday Nisya 7th 19-21/3/2017.

Hari Pertama 19/3/17. 
Percutian full backpackers Flight AirAsia dari Penang ke Langkawi. Sampai Airport makan tengahri kat pantai. Atok Opah MakOde dan MakLong dari KLIA. Ptg 19/3 mandi kat Pelangi. Malam makan kat Tom Yam Chenang, Mak Ode belanja. Tidur kat Landscon hotel depan Underwater World.

7.00am-9.30am Perjalanan Manjung-Bayan Lepas
11.05am-11.25am Flight ke Langkawi
1.00pm Check In Hotel
4.00pm-6.00pm Mandi2 kat Pelangi
7.00pm Makan2 Tom Yam Chenang






Hari Ke-2 20/3/17
Pagi2 gerak ke Cable Car Gunung Macinchang. Sarapan McD. Ptg hujan. Malam kat Kuah. Sambut bday Nisya dengan semua kat DeeThai. Beli kek kat parade sebelah Adya Hotel. Sya yg pilih kek.
8.30-9.15am Bergerak ke Gunung Machincang.
9.45am-2.30pm Naik Cable car. Sky Dome. Sky Rex. 3D Museum.
3.00pm Makan Kak Yan Restoren. PakLong belanja
3.30pm Check in hotel
7.30pm Sambut bday Sya kat DeeThai






Hari Ke-3 21/3/17
Dataran Lang. Jeti Point. Tengahari balik airport hantar kereta. Tengok LIMA 2017. Flight delay 530pm kepada 700pm. Singgah KFC Bukit Merah. Sampai Manjung 11.30pm. Pukul 1.30am drive ke KL.


Bajet:
Tol - RM18.90 + RM9.70 (Plus pi balik) [Isi TnGo -RM50]
McD Penang Aport - RM20
Flight return 1 family -RM700
Kereta sewa - RM240 (2 hari lebih)
Makan tepi pantai -RM45
Lanscon Hotel - RM136.5 (termasuk add tilam)
T-shirt, Terapi Kayu Manis & Selipar- RM45+RM10+RM12
McD Chenang -RM40
Skycab, SkyDom, SkyRex, 3D - RM177
T-Shirt ayah - RM35
Beli gambar -Pintu masuk RM60 (gambar+dom), Skycab RM30 (gambar+magnet)
Makan Bday Sya DeeThai n Kek - RM570 (sbb udang harimau mahal RM306) + RM29 kek
Coklat HIG - RM215
Baron Hotel - RM184 (2 bilik)
Aiskrim, Pulut ayam dan mainan Lang - RM30
MBrown Langkasi Aport - RM60
Parking Airport Penang - RM70
KFC Bukit Merah -RM50

Total = RM2,787

Sunday, March 12, 2017

Bday NurDanisya 7 tahun 12/3/2017

Bday Nisya ke tujuh sambut kat Deif Cafe Sri Manjung. Atok Opah pun datang. Pagi tengok wayang cerita Kong Skull Island.

Friday, March 3, 2017

Temasya Sukan SERI At Taalim 2 Mac 2017

Sukan SERI AtTaalim 2017 dibuat di Stadium TLDM Lumut. Papa cuti hantar anak2 sukan. Amir masuk acara kasut gergasi dapat no2. Nisya masuk acara lari 10x80meter baton dapat no3. Lepas sukan PapaMama bawa anak2 makan2 kat Marrybrown Pernama TLDM.

Kakak Nia pun dalam minggu lalu pun dah sukan kat SABK MIA Lekir. Kakak masuk acara 4x100m dapat gangsa.

Monday, February 27, 2017

Sanah Helwah 73 tahun Tok Parit Buntar

26 hb Feb 2017, sambut hari lahir Tok yang ke 73th kat PBuntar. (Tok Lahir 24/2/1944) PapaMama masak shellout ketam udang. PakNdak buat keli bakar 29 ekor. MakNgah buat ayam golek 4 ekor (share dgn PakNjang). MakCik tempah kek cheese 2kg. MakLong buat rendang dgn pulut. MakSu buat sup ikan merah. Tok balik kursus haji kat masjid Parit Buntar. Surprise......



Tuesday, January 31, 2017

Cuti2 Raya Cina 2017 ~ 29-31 Jan 2017. Cuti sekolah 6 hari.

29 Jan 2017 (Ahad)
Pagi bertolak ke KL 9.30am-12.30pm naik BRV baru ambik 3 hari. Sampai 1230pm kat Che Ta Garden Cafe Setia Alam majlis bday opah dan sepupu2 Ruzain n Syahmi. Harga makan murah dan ok tapi banyak sangat. Moga semuanya baik2 dan berkat dpd Allah SWT. Petang bertolak ke rumah MakOde. Kakak Nia tidur kat rumah MakNgah. Malam Papa Mama main badminton dengan Atok, Opah, MakOde & PakOde.





30 Jan 2017 (Isnin)
Pagi ke Mini Zoo KL Tower. Tengahari makan kat bumbung biru depan UniKL. Check in Grand Campbell Jln Dang Wangi. Petang Sogo. Malam Quill Mall.

Mini Zoo : RM231 (Family kita termasuk MakUsu dengan Atok & Opah)
Hotel : RM113+RM104 (2 bilik)
Sogo : RM160 (kasut Mama), RM129(Seluar Mama), RM74(Baju Papa)
MakOde belanja baju Papa&Mama. TQ MakOde.
Makan Bistro Quil Mall : RM126 (-RM50 MakLong bayar separuh)





31 Jan 2017 (Selasa)
Pagi bertolak ke Manjung sampai 315ptg . Petang Kakak Nia balik asrama pkl 6pm.