Thursday, May 14, 2020

PKP Covid19 Anak2 Belajar Dari Rumah

Sejak PKP kuatkuasa 18Mac2020 hingga kini iaitu sejak balik Travel Kundasang-KK Sabah, anak2 semua study kat rumah secara online.


Thursday, March 19, 2020

Cuti2 Kundasang - KK Mac 2020

Cuti2 sekolah 15-18 Mac 2020, 4 hari 3 malam, bersama keluarga kawan Mama - Cikgu Rosni. Cuti kali ni agak mencabar sebab musim Coronavirus Pandemic global seluruh dunia. Hari pertama sampai KK, terus ambil van drive ke Kundasang singgah sebentar di Tamparuli. Hari kedua ke Desa Farm, Spa Fish Sg Moroli, Ranau. Then, terus balik KK, menginap di OYO 11 hotel. Makan malam di tepi pantai Likas. Hari ke3 snorkling di Pulau Manukan dan Mamutik. Malam makan di Pasar Filipin. Beli barang dan souvineer. Hari ke 4 pagi2 dah ke KKIA nak balik Semenanjung. Agak mencabar sebab larangan pergerakan Covid19 bermula.



Add caption

Bajet utk rujukan:
Flight RM2796 (5 orang)
Parking RM27+5 (Salak Tinggi + Jetty Bot KK)
Sewa van RM375 (RM750/2)
Diesel RM100
Hotel Kupi2 Kundasang RM198 (2 x queen bed)
Tiket Desa Dairy Farm RM22
Tiket Fish Spa Sg Moroli RM22
Hotel OYO KK 2 malam RM280 (2 x queen bed)
Bot ke Pulau RM45x4 + RM30 (boat charted include jacket, snorkling and terminal fee)
Masuk Pulau RM5x4 + RM2 (fee untuk semua pulau)
Makan2  RM443 (sepanjang 4 hari 3 malam)
Dobi RM25
Souvineer RM138
Lain2 RM15 (DBKK)
ERL 2 hala RM43 (Salak Tinggi - KLIA2)

Total Perbelanjaan RM4722 (seorang RM944)

Video link di youtube 1 ===> Kundasang KK
Video link di youtube 2 ===> Manukan Mamutik

Sunday, January 26, 2020

Anak2 Masuk Sekolah 2020

2020 Kakak Nia Tingkatan 5 di MRSM Sungai Besar. Amir Tingkatan 1 di At-Ta'alim Lekir. Nisya darjah 4 Muslim di SERI At-Ta'alim Manjung. Kakak senior asrama 5 orang 1 dorm. Amir naik van pukul 650 pagi dah keluar. Nisya Papa hantar tiap pagi. Moga Allah berikan kejayaan untuk anak2 dunia dan akhirat. Amin....

Cuti2 Winter Korea Viavacation 22-27 Dis 2019






Jalan2 Family + Opah (6 orang) ke Seoul Korea Selatan bersama Viavacation. Lama tak jalan jauh luar negara dgn anak2. Kali terakhir ke Bukit Tinggi Padang Indonesia tahun 2014. 6 hari 4 malam jadual sesuai tak penat sangat. Dapat le anak2 main salji sebenar kat Korea. Suhu kat bandar 0 hingga 4 darjah C. Suhu kat Pyeongchang -4 darjah C. Masih selesa sebab baju ok. Bajet perhead RM3790 kecuali Nisya RM3390. Total RM22,740. Opah bayar sendiri, PapaMama byr RM18,740. Tukaran duit won RM2k utk belanja. Persediaan baju sejuk dan lain2 RM1k. Melabur untuk pengalaman dan family feel happy sekali sekala xpe lah...

Plan Mac 2021 kalau ada rezeki Allah jom anak2 ke Europe pulak.

Video youtube boleh tengok sini ---> KOREA WINTER 2019 ver1
dan video gambar family ---> KOREA WINTER 2019 ver2