Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Semua sihat walaupun dah setahun lebih Covid-19, Allah takdirkan sebagai ujian kepada makhlukNya. Dania anak sulung pun dah habis pengajian tingkatan 5 di MRSM Sungai Besar. SPM 2020 yang ditangguh ke awal 2021 disebabkan Covid. Kawan2 Nia kat MRSM Subes pun ramai yang positif dihantar ke MAEPS Serdang utk rawatan. Selepas 3 bulan bertapa di MRSM tanpa PapaMama tengok sbb tak boleh rentas negeri, akhirnya Nia selesai SPM disitu dan balik Manjung.
Alhamdulillah Nia cemerlang dalam SPM dapat 6A seperti slip di bawah. Tahniah kakak. Moga makin berjaya dan menjadi contoh kepada adik2. Nia apply dan masuk Matrik Gopeng bermula Isnin 26/7/2021 secara maya.
Saturday, July 31, 2021
Kakak NurDania selepas habis SPM 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)