Wednesday, June 15, 2016

Khidmat Masyarakat Kemboja 2011, Bruit-Sarawak dan Semporna-Sabah

Papa ke Kemboja utk projek khidmat masyarakat 2 kali iaitu pada Dis 2010 dan September 2011. 1st ke Komboja untuk survey kerja. Pergi bersama Tn.Hj. Azmi (Pengarah BTP), Arwah Hj Afif (TP BKT) dan Cikgu Azlan (KM Seremban). Tidur kat rumah Ust Mosa.

2nd time ke Kemboja bersama pengajar dan pelajar IKM KKTM (spt dalam list laporan di bawah) pada Sep 2011. Kerja selama 8 hari. Pengajar tidur kat rumah Imam Ust Abd Kadir (anak dia Faiz student Mesir balik cuti) Makan  kat rumah Ust Khodir (gemuk sikit). Rumah ustaz2 ni sebelah masjid kubah hijau. Selain tu, papa jugak handle program korban kat Kemboja. 5 ekor lembu, 7 ekor kambing. Dan juga program sedekah dari rakyat Malaysia lebih kurang RM2,500. (seorang dapat RM50) dan sumbangan dari Zakat Selangor (RM2,000). Jumlah sebenar tak ingat (kena refer report). Aktiviti lain main bola antara Negara. Cambodia vs Malaysia. Sei 2-2

Selesai kerja, bawa peserta jalan2 ke Phnom Penh dan Siem Reip (Angkor Wat). Jalan2 3 hari. Then balik Malaysia. Ke dua2 trip ke Kemboja di bawah panduan guide Mr Roshed (org Kemboja - ex pelajar UIA Malaysia)




















Jalan2 Angkor Wat, Siem Reip, Cambodia.














Program Hati Emas Kemahiran MARA juga Papa ada buat di Pulau2 kat Semporna. Repair dan membina rumah di Pulau Bum-bum dan Pulau Larapan, Semporna Sabah.


















Juga di Pulau Bruit Sarawak pada Okt 2010. Membaiki 6-7 buah rumah dari segi wiring elektrik dan atap dinding selain sistem bekalan air rumah. Perjalanan flight turun kat Sibu, menaiki bot selama 2 1/2 jam dari Sibu ke Pulau Bruit melalui pekan Daro bersama En Razali PMN Sarawak dan En.. PMD Sibu.

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, June 5, 2016

Birthday Dania ke 13 tahun

Birthday Nia tahun 2016 ni disambut kat rumah sahaja pada Ahad 5/6/16 tengahari. Nia nak buat kat rumah sebab nak ajak kawan2 dia datang, Afifah dan Nur Jannah. Terimakasih kepada semua yang sudi datang.

Menu -
  • nasi ayam Lambaian Rizq 25 kepala
  • pulut kuning, kari daging (Atuk masak)
  • kek Hawaian Cheese (Sun Light)
  • mee kari (mak ida sponsor)
  • kuih apam 
  • ABC & air limau
Rekod tetamu -
  • Atuk
  • Mak Ida & suami, anak (Zuhaili) & menantu 
  • Mak Long & Pak Long rambutan.
  • Komander Zubir & Isteri, anak2 seramai 8 orang
  • Cikgu Rahim jiran
  • Afifah & mak nya, 2 orang adik Afifah
  • Nur Jannah.
23 orang tetamu datang hari ni. Alhamdulillah menu sedap, cukup & siap MakLong bawa balik tapau & nasi ayam ngam2 bawa ke sahur. Esok puasa 1 Ramadhan 1437H









Thursday, June 2, 2016

Cuti2 Trip ke Hatyai Thailand. 29-30 Mei 2016

1st day. Perjalanan 356km melalui Plus Highway sepatutnya hanya 5 jam. Bertolak dari Manjung pukul 5.00 pagi. Solat subuh jemaah kat Masjid Nurul Hidayah Sg Bemban Simpang Terong. Terus ke RnR Gurun sampai pukul 8.20 pagi. Bergerak ke Changloon, buat insuran kereta Thailand. Sampai sempadan dalam pukul 12 tengahari. Baris kat imigresen Thailand 3 jam lebih. Ramai orang sebab Malaysia cuti sekolah. Sampai hotel Centara Hatyai pukul 5.30 petang. Mandi dan rileks2. Malam makan kat bawah hotel. Ada pasar malam jual makanan.

RnR Gurun. Tunggu PakMokDe. Makan burger Ramly
Isi form TM2 (daftar kenderaan) & TM3 (list penumpang) dan beli insuran kereta Thailand. Kereta RM12, MPV RM25 untuk 9 hari. Kad putih (arrival) pun boleh isi kat Changloon, tapi boleh dapat free kalau ambik kat imigresen Thailand. Kalau suruh orang isi bayar RM2 per head. Form TM2 dan TM3 pun free dan boleh jugak download kat web dia orang.
Thai immigration




RM229 semalam. Beli terlalu awal. Agoda ada offer RM200 semalam melalui emel tapi dah terbeli awal melalui Booking.com. Mahal sebab cuti sekolah, ramai yang booking. Dah le awal charge kat kredit kad. Bahaya book melalui booking.com ni.


2nd day. Esoknya sarapan kat Salma Restoren. Amir, Nisya dan Papa mandi2 kolam. Naik van jalan2 Hatyai - Pulau Ko Yo - Makan Restoren Hameede - Masjid Songkhla - Samila Beach (Mermaid) - Floating market. Pukul 6.30 petang sampai bilik hotel. Rehat mandi. Malam makan tomyam Salma. Naik tut2 ke Asean Market. Pukul 11.00 malam balik hotel.


Menu sarapan kat Rostoren Salma berhadapan hotel Mayflower. Jarak 150m dari hotel Centara. Murtabak 50 baht. Nasi goreng ayam goreng 70 baht. Bungkus nasi lemak kat Anak2.


Tom Yam Udang Dot Cha yang Mak Ngah cadang takda rezeki nak try. Walaupun  dah survey lokasi kedai pagi2 lagi. 550m dari hotel. Semua dah penat dan orang lain macam tak berminat... Hmmm... Nampak sedap.





Van 3000 bhat. RM350 gak. Share dengan family Kak Su kawan Mak Long.


Ko Yo Island.







Jambatan ke Ko Yo island. Situ beli kacang2 dan paste tom yam.





















Makan tengahari kat Hameede Restoren tepi pantai Songkhla










Pantai Samila Songkhla. Ada mermaid batu dan kuda.




































Masjid Songkhla. Solat Jamak Zohor dan Asar sini.









Floating market 5km lebih dari hotel Centara.
Floating market






Malam ke Asean Market. Naik tut2 10 orang. Seorang 20 bhat.











Papa beli jersi Germany 2016 350 bhat = RM40. Kat KL baju yang sama RM69. Jersi Bayern Munich untuk Nia 199 bhat = RM24.


3rd day. Pagi Isnin, sarapan kat Salma. Mandi2 kolam dan sauna. Tengahari balik Malaysia. Singgah Danok, beli beras siam, pulut, mempelam dan lain2. Makan kat restoren Norlaili, Singgah solat RnR Gurun dan RnR Bukit Merah. Pukul 10.30mlm sampai Manjung.