RnR Gurun. Tunggu PakMokDe. Makan burger Ramly
Isi form TM2 (daftar kenderaan) & TM3 (list penumpang) dan beli insuran kereta Thailand. Kereta RM12, MPV RM25 untuk 9 hari. Kad putih (arrival) pun boleh isi kat Changloon, tapi boleh dapat free kalau ambik kat imigresen Thailand. Kalau suruh orang isi bayar RM2 per head. Form TM2 dan TM3 pun free dan boleh jugak download kat web dia orang.
Thai immigration
RM229 semalam. Beli terlalu awal. Agoda ada offer RM200 semalam melalui emel tapi dah terbeli awal melalui Booking.com. Mahal sebab cuti sekolah, ramai yang booking. Dah le awal charge kat kredit kad. Bahaya book melalui booking.com ni.

2nd day. Esoknya sarapan kat Salma Restoren. Amir, Nisya dan Papa mandi2 kolam. Naik van jalan2 Hatyai - Pulau Ko Yo - Makan Restoren Hameede - Masjid Songkhla - Samila Beach (Mermaid) - Floating market. Pukul 6.30 petang sampai bilik hotel. Rehat mandi. Malam makan tomyam Salma. Naik tut2 ke Asean Market. Pukul 11.00 malam balik hotel.
Menu sarapan kat Rostoren Salma berhadapan hotel Mayflower. Jarak 150m dari hotel Centara. Murtabak 50 baht. Nasi goreng ayam goreng 70 baht. Bungkus nasi lemak kat Anak2.

Tom Yam Udang Dot Cha yang Mak Ngah cadang takda rezeki nak try. Walaupun dah survey lokasi kedai pagi2 lagi. 550m dari hotel. Semua dah penat dan orang lain macam tak berminat... Hmmm... Nampak sedap.

Van 3000 bhat. RM350 gak. Share dengan family Kak Su kawan Mak Long.
Ko Yo Island.
Jambatan ke Ko Yo island. Situ beli kacang2 dan paste tom yam.


Makan tengahari kat Hameede Restoren tepi pantai Songkhla





Masjid Songkhla. Solat Jamak Zohor dan Asar sini.
Floating market 5km lebih dari hotel Centara.
Floating market
Malam ke Asean Market. Naik tut2 10 orang. Seorang 20 bhat.
Papa beli jersi Germany 2016 350 bhat = RM40. Kat KL baju yang sama RM69. Jersi Bayern Munich untuk Nia 199 bhat = RM24.

3rd day. Pagi Isnin, sarapan kat Salma. Mandi2 kolam dan sauna. Tengahari balik Malaysia. Singgah Danok, beli beras siam, pulut, mempelam dan lain2. Makan kat restoren Norlaili, Singgah solat RnR Gurun dan RnR Bukit Merah. Pukul 10.30mlm sampai Manjung.
No comments:
Post a Comment