Friday, April 29, 2016

Nur Danisya menang no 1 mewarna sempena 50 tahun MARA di IKM Lumut

Sabtu 5 Mac 2016, Nisya masuk pertandingan mewarna kanak2 anjuran IKM Lumut sempena open day 50 tahun MARA. PapaMama suruh Nisya mewarna dengan warna yang terang. Tak sangka Nisya menang hadiah pertama. Penat Nisya mewarna hasilnya dapat beg sekolah baru... Tahniah Nisya Anak2 Papa&Mama.




Kawan seTadika Nisya menang no 2. Qayyum anak teacher Little Caliph.

Dania UPSR At-Ta'alim ke Tingkatan 1 Maahad Islahiyah Addiniyah

Alhamdulillah Nur Dania mendapat 5A dalam UPSR tahun 2015 di Sekolah Rendah Agama At-Ta'alim Seri Manjung, Perak. Keseluruhan Dania dapat 13A 1B. Mohon Maahad Islahiyah Addiniyah Batu 10 Lekir Sitiawan. Nia lapor diri masuk asrama pada Jan 2016. Bulan2 pertama kat asrama Nia tak seronok. Tapi, sekarang dah 4 bulan, Nia dah OK. Biasa la tu... sapa pun.

Ujian suku tahun 2016, Dania mendapat no.1 keseluruhan dalam Tingkatan Satu. Tahniah kepada anak Papa&Mama.

Nia juga join TaeKwondo bagi ko-kurikulum sekolah MIA. Pada 23-24 April 2016, Nia ke Kepala Batas bersama kawan 1 bas dari sekolah2 Manjung untuk SPU Remaja Inter club Invitational Taekwondo Championship 2016. Nia mendapat pingat gangsa. Tahniah Nur Dania Anak2 Papa&Mama.































Hari Anugerah Graduasi SERI At-Ta'alim 22 Nov 2015














Wednesday, April 27, 2016

Minggu ke2 Europe Trip (Rosenheim - Prien am Chiemsee - Salzburg - Untersberg - Munich)

Intro:   Minggu ke 2 (1/6/15 - 10/6/15) Papa dah mula kelas kat University of Applied Science (UAS) Rosenheim Hochschule.














7th-9th day - 1-3 Jun 2015
Rosenheim LHK 
Hari Isnin-Rabu, Mama buat hal sendiri masak2, ronda2, jalan2 bandar Rosenheim dengan MakCik Su.

Pemandangan dari tingkap dapur LHK
Mama jalan2 dengan Papa kat bandar Rosenheim. Jumpa kedai baju Pak Mode.
Papa&Mama try makan kat Ochak Basi (restoren Turki) sebelah LHK. Set kebab 16.5euro. Makan berdua. Belakang restoren ni ada masjid yang boleh solat Jumaat.



10th day - 4 Jun 2015
Prien am Chiemsee (Germany) 
Video Link di Youtube
Hari Khamis 4/6/15 Bavarian cuti am (sempena apa ntah), so Papa&Mama naik train ke Prien. Naik feri ke Pulau tengah tasik Chiemsee. Kat pulau jalan2, ada Castle...then balik ke Rosenheim 6.30petang. Makan bawa sandwich + epal. Beli air fanta oren dalam tin.

Train - 19euro (2org pergi dan balik)
Feri - 7.6euro (2org pergi dan balik)
Minum -2.3euro


























 Bergerak keluar dari hostel LHK
 Dari tingkat 3 LHK




Dalam Feri ke Pulau Chiemsee





 Lepak kat tepi tasik
Cuaca agak panas. Ramai yang mandi tasik. Air tasik sejuk. Lepas tu Papa&Mama pun balik semula ke hostel LHK.










11st day - 5 Jun 2015
Zero Energy City, Munich (Germany) 
Florian dan Simon bawa kami satu bas lawatan ke Zero Energy City, Rosenheim-Munich. Mama dengan MakCik Su ikut sekali.

 Zero Energy City, Munich, Germany. Tempat ni dahulunya kem tentera Amerika semasa berperang dengan tentera Nazi Adolph Hitler. Yang bulat putih belakang Papa tu antena tinggalan tentera US.






12nd day - 6 Jun 2015, Sabtu (Samstag)
Bandar Munich (Germany) 
Naik train ke Munich. Masuk muzium BMW. Kereta kebanggaan teknologi orang Bavarian @ Bayern. BMW dalam sebutan German = Bavarian Motor Werk atau dalam English Bavaria Motor Work salah satu kereta German selain Merz, Audi, Porsche. Jalan2 kat pasar karat (Floe Markt) kat Munich kat sebelah Stadium Olimpik German (macam kat Shah Alam pulak). Makan kebab kat Bahnhof. Beli souvineer. Pastu balik.

Train - 30euro (2 org pergi balik)
Topi basikal -2euro
Makan kebab - 6euro
Souvineer bag, cap - 35euro
 


13rd day - 7 Jun 2015, Ahad (Sonntag)
Salzburg - Untersberg (Austria) 
Video Link kat Youtube
PapaMama naik train 1 jam ke Salzburg bersama kawan Papa Alnorulhady. Dia bawa basikal naik train. Makan ais krim Austria. PapaMama naik bas setengah jam dari Salzburg ke Untersberg (setengah jam perjalanan). Then, naik cable car. Dapat main salji atas bukit tu walaupun cuaca terang tapi tak panas sangat. 2 jam atas bukit. Jalan2 bandar Salzburg. Castle Mirabel. Beli fridge magnet, baju. Makan2 buah je. Solat kat Salzburg Bahnhof. Pastu balik. Seronok PapaMama jalan2 berdua je.

Train - 11.2euro seorang pergi dan balik
Bas - 2.3euro seorang pergi dan balik
Cable car - 22euro seorang pergi dan balik
Souvineer - 16euro










Salzburg - lokasi pengambaran filem muzikal tahun 1965 "Sound of Music"




























Taman Mirabel Schloss

Scene dari movie Sound of Music kat Taman Istana Mirabel






Menaiki bas no 25 dari Bahnhof Salzburg ke Grodig, Untersberg, Austria. Then naik cable car Untersberg. Main-main salji.. Ketinggian Untersberg 1776m.























































14th-15th day - 8-9 Jun 2015, Isnin-Selasa (Montag-Dienstag)
Rosenheim
Mama n MakcikSu ronda2 jalan2 sendiri kat Rosenheim.

16th day - 10 Jun 2015, Rabu (Mittwoch)
Rosenheim-Munich-Amsterdam-Singapore-KL-Lumut 
Mama balik Malaysia dengan MakcikSu. Papa hantar sampai kat Munich Airport je. Naik train. Auf wiedersehen meine Frau... ich liebe dich.

Train - 20euro (Mama 1way Papa return)
Taxi - 4.25euro










 














Train Rosenheim - Munich Airport = 2 jam
Flight Munich - Amsterdam = 2 jam 30 minit
Flight Amsterdam - Singapore = 12 jam 40 minit
Flight Singapore - KLIA = 45 minit
Bas ke Manjung = 4 jam.

Kira la sendiri berapa lama.. Hampir 24 jam perjalanan. Kesian Mama. Mesti letih. Tapi mesti seronok nak jumpa anak2 setelah 17 hari berpisah dengan anak2. Papa stay lagi 3 minggu kat Rosenheim...