7th-9th day - 1-3 Jun 2015
Rosenheim LHK
Hari Isnin-Rabu, Mama buat hal sendiri masak2, ronda2, jalan2 bandar Rosenheim dengan MakCik Su.
Pemandangan dari tingkap dapur LHK

Papa&Mama try makan kat Ochak Basi (restoren Turki) sebelah LHK. Set kebab 16.5euro. Makan berdua. Belakang restoren ni ada masjid yang boleh solat Jumaat.

10th day - 4 Jun 2015
Prien am Chiemsee (Germany)
Video Link di Youtube
Hari Khamis 4/6/15 Bavarian cuti am (sempena apa ntah), so Papa&Mama naik train ke Prien. Naik feri ke Pulau tengah tasik Chiemsee. Kat pulau jalan2, ada Castle...then balik ke Rosenheim 6.30petang. Makan bawa sandwich + epal. Beli air fanta oren dalam tin.
Train - 19euro (2org pergi dan balik)
Feri - 7.6euro (2org pergi dan balik)
Minum -2.3euro
Bergerak keluar dari hostel LHK
Dari tingkat 3 LHK

Dalam Feri ke Pulau Chiemsee

Cuaca agak panas. Ramai yang mandi tasik. Air tasik sejuk. Lepas tu Papa&Mama pun balik semula ke hostel LHK.
11st day - 5 Jun 2015
Zero Energy City, Munich (Germany)
Florian dan Simon bawa kami satu bas lawatan ke Zero Energy City, Rosenheim-Munich. Mama dengan MakCik Su ikut sekali.
Zero Energy City, Munich, Germany. Tempat ni dahulunya kem tentera Amerika semasa berperang dengan tentera Nazi Adolph Hitler. Yang bulat putih belakang Papa tu antena tinggalan tentera US.
12nd day - 6 Jun 2015, Sabtu (Samstag)
Bandar Munich (Germany)
Naik train ke Munich. Masuk muzium BMW. Kereta kebanggaan teknologi orang Bavarian @ Bayern. BMW dalam sebutan German = Bavarian Motor Werk atau dalam English Bavaria Motor Work salah satu kereta German selain Merz, Audi, Porsche. Jalan2 kat pasar karat (Floe Markt) kat Munich kat sebelah Stadium Olimpik German (macam kat Shah Alam pulak). Makan kebab kat Bahnhof. Beli souvineer. Pastu balik.
Train - 30euro (2 org pergi balik)
Topi basikal -2euro
Makan kebab - 6euro
Souvineer bag, cap - 35euro


13rd day - 7 Jun 2015, Ahad (Sonntag)
Salzburg - Untersberg (Austria)
Video Link kat Youtube
PapaMama naik train 1 jam ke Salzburg bersama kawan Papa Alnorulhady. Dia bawa basikal naik train. Makan ais krim Austria. PapaMama naik bas setengah jam dari Salzburg ke Untersberg (setengah jam perjalanan). Then, naik cable car. Dapat main salji atas bukit tu walaupun cuaca terang tapi tak panas sangat. 2 jam atas bukit. Jalan2 bandar Salzburg. Castle Mirabel. Beli fridge magnet, baju. Makan2 buah je. Solat kat Salzburg Bahnhof. Pastu balik. Seronok PapaMama jalan2 berdua je.
Train - 11.2euro seorang pergi dan balik
Bas - 2.3euro seorang pergi dan balik
Cable car - 22euro seorang pergi dan balik
Souvineer - 16euro
Salzburg - lokasi pengambaran filem muzikal tahun 1965 "Sound of Music"

Taman Mirabel Schloss
Scene dari movie Sound of Music kat Taman Istana Mirabel
Menaiki bas no 25 dari Bahnhof Salzburg ke Grodig, Untersberg, Austria. Then naik cable car Untersberg. Main-main salji.. Ketinggian Untersberg 1776m.
14th-15th day - 8-9 Jun 2015, Isnin-Selasa (Montag-Dienstag)
Rosenheim
Mama n MakcikSu ronda2 jalan2 sendiri kat Rosenheim.
16th day - 10 Jun 2015, Rabu (Mittwoch)
Rosenheim-Munich-Amsterdam-Singapore-KL-Lumut
Mama balik Malaysia dengan MakcikSu. Papa hantar sampai kat Munich Airport je. Naik train. Auf wiedersehen meine Frau... ich liebe dich.
Train - 20euro (Mama 1way Papa return)
Taxi - 4.25euro
Train Rosenheim - Munich Airport = 2 jam
Flight Munich - Amsterdam = 2 jam 30 minit
Flight Amsterdam - Singapore = 12 jam 40 minit
Flight Singapore - KLIA = 45 minit
Bas ke Manjung = 4 jam.
Kira la sendiri berapa lama.. Hampir 24 jam perjalanan. Kesian Mama. Mesti letih. Tapi mesti seronok nak jumpa anak2 setelah 17 hari berpisah dengan anak2. Papa stay lagi 3 minggu kat Rosenheim...
No comments:
Post a Comment