Tuesday, April 19, 2016

MGEEB Master Universiti of Applied Science Rosenheim Germany

Day 0 - 31 Mei 2015 (malam)

Intro :  Geng MGEEB group 2 sampai German pada Sabtu 30/5/15. Datang ikut plan sebenar lepas present proposal Thesis. Ahad 31/5/15 dia orang jalan2 Prien am Cheimsee. Papa&Alif group 1 sampai Ahad malam dari round trip Europe seminggu. Dari Airport Munich naik Meridian train (S-Bahn) ke Rosenheim.


Meridian Train dari Munich Airport ke Rosenheim (hampir 2 jam perjalanan). Lebih kurang ETS KL-Batu Gajah.








  Kat dalam Rosenheim Bahnhof (train station). Kat sini selain kaunter ticket ada Sixt sewa kereta (auto mieten), Farmasi (aphoteke), kedai buku, restoren Turki dll,










Luar Rosenheim Bahnhof. Sini boleh ambik teksi ke LHK Rosenheim (dalam 4euro)










Penginapan selama sebulan di Hostel LHK, Kupferlingstrasse, Rosenheim, Germany.


1st 2 days - 1-2 Jun 2015 (Isnin-Selasa)
LHK ke Hochschule Rosenheim UAS.
Dari LHK hari pertama ke kelas jalan kaki sejauh 1km lebih dalam masa 15 minit. Wow... semua excited nak beli basikal. Kelas oleh Mr Florian dan Mr Khristian kat blok W. Hari ke 3 amali praktikal. Kelas pukul 8.00pagi sampai 5.00petang. Makan tengahari pertama kat kantin UAS pakai kad makan. Try sekali ja... x mau makan dah lepas tu pasal celah2 makanan tu ada nampak masakan khinzir. Kad perabih beli air botol ja. Yang menarik makanan dijual secara timbang ikut jenis pinggan. Bayar swap kad yang dah dimasukkan kredit duit dalamnya melalui mesin macam tiket LRT. Rare xda kat Malaysia. Kad tu hakmilik UAS, kena pulang balik last day.

















Kelas Herr Florian







Lunch pertama kat kantin UAS Rosenheim. Sekali jer makan...





Port bekalan makanan dan mentah berdekatan blok W. Pasar Mini orang Turki Ozan Frischmarkt. In Shaa Allah halal.. masak kat dapur LHK.















3rd day - 3 Jun 2015 (Rabu)
Lab dan lawatan Simulation Building
Pagi lab sampai tengahari. Petang lawat simulation building for sun orientation






4th day - 4 Jun 2015 (Khamis)
Cuti Am Bavarian
Jalan2 Prien am Chiemsee. Naik train Meridian ke arah Salzburg, Austria dalam 15 minit. Turun kat Prien. Jalan kaki ke jeti tasik Chiemsee. Naik fery ke pulau Chiemsee.



5th day - 5 Jun 2015 (Jumaat)
Zero Energy City.
Group MGEEB bersama Herr Florian & Simon, naik bas university (atau charted tak pasti) ke Zero Energy City (jalan ke arah Munich) yang menempatkan rumah2 kayu dan moden yang mengaplikasikan teknologi Green dalam operasi harian. Tempat ni dulu kem tentera Amerika masa perang German Hitler dulu2. Masih ada lagi kesan2 peninggalan seperti antenna radar. Kawasan padang sekarang penuh dengan panel solar farm. Dapat jugak tengok sistem HVAC kat underground. Bawah tanah sejuk berbanding atas tanah.



6th day - 6 Jun 2015 (Sabtu)
Munich
Group MGEEB naik train asing2 ke Munich. Semua pi Floe Markt (pasar karat) nak cari basikal. Papa&Mama masuk Muzium BMW. Penat jalan2 cari Floe Markt. Tanya orang German, depa pun tak tau kat mana. Orang luar Munich kot. Ada aktiviti lasak berbasikal kat tepi stadium Olimpik. Ramai sungguh perserta.

7th day - 7 Jun 2015 (Ahad)
Salzburg-Untersberg
Cuti. Semua buat hal masing2. Papa&Mama dan kawanAdy naik train ke Salzburg. KawanAlif & Izzah ke Schwangau dan Top of German. Kat Salzburg Ady naik basikal. PapaMama naik bas ke Untersberg. Naik cable car untuk ke atas bukit. 2 jam atas tu main salji yang tinggal sikit2. Balik singgah Mirabel Schloss. Petang balik LHK Rosenheim naik train. Puas berjalan.

8th - 9th day - 8-9 Jun 2015 (Isnin-Selasa)
Kelas Herr Raphael & Presentation 
Beli scooter kat kedai basikal tepi sungai Rosenheim. 89euro.

10th day - 10 Jun 2015 (Rabu)
Munich Airport
Pagi hantar Mama ke Airport Munich naik train. Mama dan MakcikSu balik Malaysia naik KLM transit Amsterdam dan Singapore. Petang preparation masak2 dan makan2 kat Rosenheim bersama komuniti student UAS. Geng MGEEB buat rendang & nasi himpit kuah kacang.






















11st day - 11 Jun 2015 (Khamis)
Munich Solar Exhibition
Naik train dari Rosenheim bersama Simon, Catherina ke Munich. Tambang UAS bayar. Petang baru balik ke LHK.














Makan2 kebab lepas jalan2 solar exhibition,

















12nd day - 12 Jun 2015 (Jumaat)
Pagi Kelas - Petang Free.
Pagi masuk praktikal kat lab. Buat 2 eksperimen. Present hari Isnin. Petang ronda2 naik basikal kat Media Markt. Beli baju kat Kaufmart.

13rd day - 13 Jun 2015 (Sabtu)
Salzburg, Austria Trip.
Pagi, Group MGEEB semua ke Salzburg Austria naik train tambang sendiri. Sampai Salzburg Prof Kreimes tunggu dengan Simon untuk naik van. Slot pagi Salzburg melawat tempat buat roti, 2 buah katholik church, minum coffee special Prof Kreimes kat rosetoren tepi sungai Salzburg, lunch kat restoren Jepun (halal katanya tapi macam tak je) dan last sekali ke Mirabel Schloss.




Salzburg lokasi pengambaran filem muzikal tahun 1965 "Sound of Music"







Kat belakang tu church perkahwinan Maria & Von Traps dalam filem "Sound of Music"
















Mozart Arc. Austrian artist / composer

















Makan2 kat restoren Jepun 'Nagano Restaurant' kat Salzburg Austria. Papa makan nasi Udon (udang goreng tepung) dgn fresh oren 16.5euro. Dalam gambar ni ada Prof Horst Kreimes dgn Simon Flascher yang bawa jalan2 Salzburg Austria.


Yang Munzir makan tu pun nasi Udon



























Bersama Prof Kreimes dan Simon kat jambatan kunci Salzburg Austria
Dalam istana Mirabel Schloss, Salzburg





Kedai kopi kegemaran Prof Kreimes dari kecil...







Sebelah petang dah naik atas bukit Eis Riesen Welt dengan van. Tapi sayang tak sempat, cable car dah tutup untuk naik atas lagi yang ada ice cave. So kami ke Schloss Hohenwerfen. Parking van kat bawah, panjat bukit ikut laluan hutan. 20 minit jugak nak sampai depan Castle. Dah masuk semua tempat jalan, sampai kat atas bumbung yang ada loceng besar.


13/6/2015 Papa dan kawan2 papa kat Austria. Sebelum panjat bukit ke Schloss (Castle) Erlebnisburg Hohenwerfen






 Sambil mendaki bukit.. pemandangan dari tepi bukit

























Habis lawatan singgah ke Muzium Teknologi Austria. Kat situ ada kenderan Redbull Sauber, termasuk Petronas F1 selain kapal terbang lama.



Dalam pukul 7ptg baru balik Rosenheim naik train. Geng MGEEB kena tahan Polezei. Sembang2 lepas tu takda mende pun. Tanya Visa, mana ada Visa kalau dari Malaysia.

Macam ni la keadaan masa kena check dengan Polizei German (gambar contoh)









14th day - 14 Jun 2015 (Ahad)
Relax. Jalan2 Kaufmart


15th day - 15 Jun 2015 (Isnin)
Presentation
Pagi takda kelas. Petang ada kelas dan presentation Herr Raphael.



16th day - 16 Jun 2015 (Selasa)
Assignment
Pagi petang takda kelas. Tapi kena buat assignment.

17th day - 17 Jun 2015 (Rabu)
Kampenwand trip
Group terpesong MGEEB Kimi, Mun, Rahim, King and Papa trip ke Kampenwand. Naik bas dan cable car untuk naik atas bukit. Kimi tak naik bukit, balik Rosenheim sorang. Sejuk gila atas bukit Kampendwand. Tempat ni dicadang oleh Herr Clauss Cameraman UAS. Ady pi Unterberg. Alif pi Berlin.


















Klik sini kalau nak nak tengok video 

18th day - 18 Jun 2015 (Khamis)
Ramadhan Bermula
Takda kelas. Tapi tenghari Prof Kreimes ajak pi kelas dia. Petang Prof Wambsganss ajak pi lab lighting dia level underground kat blok utama UAS. Tyra pitam kat lab lighting Wambsganss. Tak sahur kot. Alif gi Berlin tak balik lagi. Berbuka puasa kat Masjid belakang Ochak Basi sebelah LHK sahaja. 1st time berbuka sebagai warga asing di German. Orang lain pun macam2 bangsa Turki, Afrika, Bangladesh, Amerika, Mat Saleh German  dll.


19th day - 19 Jun 2015 (Jumaat)
2nd Ramadhan
Pagi kelas Presentation. Solat Jumaat kat masjid belakang Ochak Basi. Buka puasa kat masjid.


20th & 21st day - 20-21 Jun 2015 (Sabtu & Ahad)
3rd & 4th Ramadhan
Tak kemana2. Puasa. Ronda2 naik basikal pun tak larat.


22nd day - 22 Jun 2015 (Isnin)
5th Ramadhan
Tak da kelas. Pg kayuh basikal sorang ke Media Markt. Beli speaker JBL 91eur.















23rd day - 23 Jun 2015 (Selasa)
6th Ramadhan
Trip Prof Kreimes naik bas bersama student German ke loji RE gen station kat sempadan German-Austria. Petang lawatan terus ke kilang proses kayu kat Innsbruck, Austria.



24th day - 24 Jun 2015 (Rabu)
7th Ramadhan
Pagi kelas Herr Andreas Kaufman. Ptg takda kelas.Buka puasa kat masjid.


25th day - 25 Jun 2015 (Khamis)
8th Ramadhan
Takda kelas. Tak kemana pun. Preparation buka puasa kat depan LHK. Grill kambing, ayam, salad. Ajak Simon dan student Malaysia yang study sama kat UAS. 

Berbuka puasa depan HLK hostel Rosenheim dengan penyelaras UAS MGEEB Herr Simon



















26th day - 26 Jun 2015 (Jumaat)
9th Ramadhan
Presentation dan Kelas Herr Andreas Kaufmann. Penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai. Last day kelas di German. Petang ambik kereta VW Golf kat Bahnhof Rosenheim.



27th day - 27 Jun 2015 (Sabtu)
10th Ramadhan - Venice Trip
Pukul 6.00pg hantar Tyra pi Bahnhof. Pukul 7.00 geng terpesong MGEEB Papa, Kimi, Mun, King & Rahim bertolak dari LHK ke Mestre, Venice Italy selama 5jam setengah sejauh 496km melalui Innsbruck dan highway Italy. Sebelum masuk Austria kena beli sticker road tax kat pump station. Sepanjang jalan highway yg jauh ni kena tol. Sampai hotel 130tgh kat Mestre check in. Turun balik drive ke Pulau Venice melalui tambak macam tambak Johor. Parking kat Venice mahal gak. Tapi share 5 orang. Jalan2 kat Venice, beli souvineer murah berbanding German dll. Ramai penjual Cina. Beli piza saiz talam tapi nipis untuk buka puasa. Bawa balik hotel, makan kat tangga ja... pasal Maghrib dah masuk. Piza Italy tak berapa sedap benbanding Island Supreme Pizza Hut Malaysia. 

Penginapan kat NH Laguna Palace Mestre, Venice Italy. RM190 share 5 orang online booking.


Jalan kaki 2.5km dari parking sampai Strada Nova 1 jam sambil singgah beli barang ambik gambar. Pastu patah balik sempat beli piza halal besar talam untuk berbuka puasa.






















28th day - 28 Jun 2015 (Ahad)
11st Ramadhan - Balik ke German
Pukul 12.00tgh checkout. Drive terus balik ke Rosenheim, German. Lalu jalan tengah. Takda tol. Tapi agak adventrure lalu bukit merentasi pergunungan St Antonio banyak corner ala2 Intial-D dan terowong separuh siap sejauh 423km. Singgah air terjun, sungai, tasik. Solat tepi tasik Diga (Lake) di Santa Caterina, Italy. Sampai German dekat maghrib. Buka puasa kat masjid Rosenheim.




Diga (Lake) di Santa Caterina, Italy. Jauh lagi dari Austria. 145km dari Venice.

Boleh google map untuk street view dan panorama view.


















29th day - 29 Jun 2015 (Isnin)
12nd Ramadhan - Ronda2 Allianz Arena Fussbal Stadium
Pukul 10.00pg drive ke Munich ikut jalan kampung dalam 1 jam sampai le ke lokasi. Beli T shirt, souvineer, bergambar. Balik ke LHK. Petang hantar kereta sewa ke Bahnhof Rosenheim.

 Munich Allianz Arena (Bayern Munich Football Stadium)

























29 Jun 2015 Papa dengan kawanRahim kat Stadium Bayern Munich - Allianz Arena










Petang hantar kereta sewa ke Bahnhof Rosenheim. Bayar guna kredit kad. Sewa 4 hari tapi dikira dua hari sahaja (Sabtu dan Ahad). Sehari 25euro sahaja. Kongsi 5 orang. Cukup berbaloi trip ke Venice. Malam naik basikal dengan Rahim, King dan Tyra ke bandar Rosenheim makan ais krim Danoi, lepas terawih.


Sewa kereta - 50euro (share 5 orang)
Petrol - (share 5 orang)
Parking Venice - 13euro (share 5 orang)
Tol - (share 5 orang)
Sticker road tax Austria - (share 5 orang) 
Piza Venice - (share 5 orang)
Souvineer Venice -
Souvineer Allianz Arena -
Souvineer Rosenheim -



30th day - 30 Jun 2015 (Selasa)
13rd Ramadhan -Flight to Paris (Air France)
Paris, France. Back to Malaysia...
Pukul 3.00pagi berkumpul naik van Simon & Philips hantar ke Airport Munich. Sampai Airport dalam 5.00pagi dah cerah. Thanks a lot to Simon & Philips. Good bye Rosenheim
Panorama Rosenheim
Klik untuk Panorama Rosenheim.













Pukul 7.00pagi flight dari Aiprot Munich sampai Airport Charles de Gaulle Paris pukul 9.00pagi.
Naik share 2 teksi ke Hotel Marciano Gare Du Nord. Hotel ni kalau musim panas jangan le pergi. Takda ventilation, kipas dan aircond. Musim sejuk ok la kot. Harga RM150 jugak.


Gare Du Nord landmark.






























Puasa dari Rosenheim ke Paris, selama 20 jam. Cuaca panas kering, memang pengalaman puasa yang dasyat. Lepas check in hotel, Papa n geng naik Metro train ke Paris, lepak2 kat padang. Naik boat pelancong menyusuri sungai Paris. Tidur atas padang bawah pokok menunggu waktu berbuka. Dapat beli buah epal, susu dan mineral. Berbuka bawah Eiffel Tower. Haus sangat pasal kering dan tahan 20jam. Jalan2 then balik hotel menaiki train Metro lagi. Sampai stesen Gare du Nord beli air mineral sejuk. Nak balik bilik panas, so lepak2 kat luar.
Panorama Paris
Panorama Paris
31st day - 1 Jul 2015 (Rabu)
14th Ramadhan -Flight to KLIA
Goodbye Europe. Sampai Malaysia esoknya 2 Julai (Khamis) setelah flight selama 13 jam. Sahur dalam flight.

Penghargaan kepada semua Prof dan Herr yang telah mengajar sepanjang kami MGEEB batch 4 di Rosenheim, Germany selama sebulan ini.

-Mr Simon Flasche
-Mr Florian & Khristian
-Mr Raphael
-Mr Andreas Kaufmann
-Prof Wambsganss
-Prof Horst Kreimes
-Philips

No comments:

Post a Comment