Wednesday, April 20, 2016

Trip to Europe Papa&Mama (Amsterdam-Munich-Zurich-Paris-London-Belgium-Luxembourg-Rosenheim) 25/5/15-10/6/15

Intro:   Minggu pertama (25/5/15 - 31/5/15), kami berempat trip kongsi sewa 1 kereta, hotel by couple. Papa, Mama, kawan papa Alif dan isteri dia Su. Trip 6 hari sangat padat, drive sampai tengah malam melebihi 2750km 7 buah negara Europe: Holland, German, Switzerland, France, England UK, Belgium dan Luxemborg. 2 lagi negara Austria dan Italy trip sendiri naik train. Italy, Papa dan kawan2 Papa je pergi (sewa kereta) sebab Mama dah balik Malaysia. Semuanya Papa 9 negara, Mama 8 negara (Mama transit Singapore masa balik, so Mama pun 9 negara).Total kos setelah 6 hari hanya RM2,080 per head (tak termasuk Souvineer dan flight). Flight Mama booking asing RM2,900. Flight Papa UniKL bayarkan.

Day 0 - 25 Mei 2015.
KLIA - Amsterdam


Naik flight KLM pukul 11.30 malam 25/5/16 dari KLIA Malaysia sampai pukul 6.00 pagi 26/5/16 Schiphol Airport Holland (Netherland atau Belanda) dengan penerbangan selama 12j 40m. Dengan 2 kali makan dan cukup tidur dalam flight, sampai ok-ok je sebab suhu sejuk.


Flight KLM dapat duduk paling belakang. Paling awal dapat makan. Makanan halal kena call KLM Holland / Air France untuk buking atau online klik. Boleh refer kat laman web KLM.
Sampai Airport Amsterdam (Schiphol)
Kat luar airport Amsterdam. Pukul 6pagi dah macam 8pagi.
1st day - 26 Mei 2016
Amsterdam - Munich
Sampai Amsterdam, Holland pukul 6.00 pagi tapi hari dah cerah macam 8.00 pagi kat Malaysia. Suhu dalam 15 darjah C. Transit 8 jam cukup utk jalan2 bandar Amsterdam. Keluar airport simpan beg dalam locker berbayar, senang nak jalan2 bawa kamera je, terus naik bas ke bandar Amsterdam. Naik bas dalam 30 minit utk sampai ke bandar. Pusing2 naik trem pasal senang nak turun naik ikut suka tempat mana yang best. Makan kebab kedai halal Turki. Naik River Cruise 1 jam sekitar Amsterdam pusing-pusing sungai sampai ke muara laut dibawanya Papa&Mama.

Locker besar- 7euro (share 4 orang)
Bas seorang - 10euro (pergi 5euro, balik 5euro)
Trem seorang - 7.5euro.
River Cruise Amsterdam seorang - 10euro.
Makan kebab halal seorang - 5euro.
Makan wafer+coffee - 5euro (share 4 orang).
Beli beg, fridge magnet, T Shirt, cap - lebih kurang 35euro.



Naik trem biru yang beroperasi dalam bandar Amsterdam sahaja.

"Ramainya orang naik basikal"...  sejuk boleh la..


 Tepi sungai bandar Amsterdam. Banyak bot feri untuk pelancong mula operasi 9.00pg. Harga 10-20euro







Depan Bahnhof Amsterdam Central. Kalau Malaysia KL Sentral la ni.


Makan pertama kat kedai Turki sebelum naik feri. Harga antara 5-15euro kebab.
Kebab Turki pertama makan kat Europe.
Naik River Cruise 1 jam. Round sungai2 Amsteram sampai muara laut.

Lepas naik River Cruise.. jalan2 lagi

Minum coffee kat Amsterdam dan makan Pancake strawberry.

Lepas naik trem turun sini. Satu lagi mercu tanda "Amsterdam"
Taman yang cantik & ramai pelancong.









  
Balik semula naik bas ke Airport Schiphol Amsterdam untuk naik flight ke Munich Germany pukul 4.00 ptg. Sempat beli 2 perfume Crocodile kat airport murah je 22euro satu. 
Good bye Amsterdam. 8 jam pun jadi ler...

Penerbangan KLM selama 2 jam setengah sampai Munich pukul 6.30 ptg. Kat airport Munich sewa kereta unlimited millage selama 5 hari tanpa GPS dengan company Buchbinder dapat MPV Ford CMAX dengan caj 416 euro sekali insuran. Papa drive dulu terus ke Munich. Sampai hotel dalam pukul 9.30 mlm sikit gelap lebih kurang dah senja kat German. Hotel Schweiz kat tengah bandar Munich. Malam makan nasi kat bilik dan hangatkan kari ayam dalam tin. Kenyang Alhamdulillah. Memang syok masak nasi dalam periuk paling kecik yang boleh serve untuk 5 pinggan nasi.

Perfume x2 - 44euro
Sewa MPV - 208euro (per family)
Hotel - RM180 sebilik (bayar kredit kad dari Malaysia)







Tidur kat Hotel Schweiz Munich.











2nd day - 27 Mei 2016
Munich - Schwangau - Lindau - Zurich - Basel. (450km)

 

Checkout hotel pukul 8.00pg kawan Papa drive sampai Schwangau. Sampai castle Neuschwantein pkl 10 pg. Beli fridge magnet dan ambik gambar. Scenes yang heaven macam lukisan sepanjang jalan German dan istana ala sekolah Harry Porter or Disneyland memang kenangan yang best. Singgah beli 4kg epal dan 1kg strawberry fresh dari ladang. Lain rasanya epal baru petik. Lapik perut sepanjang jalan. Pukul 12.00tgh bertolak ke Zurich dan singgah Lindau (ada tasik) pukul 3 ptg. Makan2 kat restoren Moustafa org Turki kat pulau Lindau. Solat Asar kat Masjid Lindau yg ditunjuk jalan oleh Mr Moustafa. Lepas solat terus ke Zurich. Sempadan Switzerland stop kejap kat pump station untuk beli sticker tax bawa kereta dalam Switzerland harga 40CFH.

Diesel -belum isi 1st day
Epal strawberry - 4.8euro (per family)
Fridge Magnet Neuschwantein - 5euro
Restoren Moustafa Lindau - 8.5euro (per family)
Tax sticker Switzerland -20CFH (per family)
Parking Zurich - 9.5CFH (share)
Parking Lindau - 1.2euro (share)
Parking Castle - 6euro (share)
Homestay Basel - 225RM (per family)


Epal strawberry fresh dari ladang


Paling sejuk kat German masa ni pasal lepas hujan kot. Suhu dalam 10 darjah C.

















Schwangau, Deutschland (Germany) - Castle Neuschwantein by Ludwig King













Sejuk lepas hujan.










Pulau Lindau dikelilingi tasik yang besar

Mama rileks kejap kat taman tepi parking lot Pulau Lindau mengadap Tasik Boden.

Makan Doner Kebab kat Restoren Moustafa di Lindau, Germany



Solat Zohor dan Asar kat Masjid Lindau.







Sampai Zurich dalam pkl 6.30ptg. Ambik gambar tepi sungai dan Hauptbanhof Zurich. Jalan2 pasaraya Zurich. Nampak buah2an Asia dijual kat sini. Rambutan yang dah buruk pun ada lagi. Mungkin lama transportation dari Asia.

Jambatan kunci ni merata ada kat Europe

Jalan2 bandar Zurich lepas parking kereta underground bawah pasaraya.
Hauptbahnhof (main station) kat Zurich Switzerland


Trem biru kat Switzerland.



















Pukul 8.30mlm drive malam terus ke Basel sempadan France sampai dalam pkl 1200 tgh mlm. Tidur kat homestay yg ada 2 bilik tidur, dapur, bilik mandi dan ruang tamu yang luas. Makan malam masak nasi panaskan sardin tin+ masak maggi tomyam.

 Basel, Switzerland











Menginap kat sini malam ke 2. Homestay kat Basel sempadan Switzerland & France.
Lorong parking kereta depan homestay kat Basel, Switzerland.











3rd day - 28 Mei 2015
Basel - Paris (526km)
Perjalanan seterusnya ke Paris melalui highway bertol. Papa dan kawan Papa gilir2 drive sebelum sampai Paris. Parking kat underground. Naik bas atas bumbung dan Feri River Cruise Paris. Naik underground train Metro dari Foxity station ke Eiffel Tower. Dekat malam baru cari lokasi hotel.

Diesel -76.5euro (share)
Bus Foxity + Paris River Cruise - RM95.50 (sorang - bayar online)
Hotel - RM304 per bilik (bayar on line dari Malaysia)
Tol highway - 22.4euro (share)
Parking Paris - 18.9euro (share)
Train Metro - 1.8euro sorang

 
 Pagi sebelum bertolak ke Paris, France.










Rehat sekejap tepi jalan (France). Ikut jalan biasa dapat menikmati pemandangan negara orang lebih lama.









Nampak panas tapi sejuk
 Stop kejap kat France highway 
 Kat roundabout RnR highway. Tukar pilot.












Sampai kota Paris. Jem... banyak kereta
 Menunggu bas hop in hop off "Foxity" kat Paris. Booking boleh buk kat http://www.foxity.com/paris-sightseeing-tour-by-bus/paris-city-tour.php




















Mercu tanda Paris banyak untuk dilawati. Package naik bas lalu semua tempat tapi tak dapat turun je.
 Music hall Paris dari atas bas.
  Pintu gerbang (gate away) "Arc de Triomphe" kat Paris.

Lepas naik bas Foxity (turun tempat yang sama naik tadi) PapaMama naik train Metro untuk ke Eiffel Tower. Tambang train murah macam kat KL.



 Eiffel Tower dari atas jambatan
 Mama dan Makcik Su lepak bawah Eiffel Tower

Naik River Cruise menyusuri sungai Seine kat Paris selama 40 minit. River cruise package sekali dengan naik bas Foxity yg dah booking awal dalam internet.













Edited picture from Papa's Julai trip. Awan musim panas dah lain. Mei masih sejuk (belas2 darjah Celcius), Julai dah masuk musim panas (suhu 40+ darjah Celcius)

Menginap kat Residence Internationale De Paris.










Sarapan pagi disediakan kat tempat penginapan. Makan kenyang2 sebelum goodbye Paris. Papa datang sekali lagi Paris sebelum balik Malaysia dengan geng Master MGEEB awal Julai 2015 nanti.

Trip bersambung ke London.





4th Day - 29 Mei 2016
Paris - London (456km termasuk jalan laut)



Check out 10.00 pagi. Papa&Mama meneruskan perjalanan ke London mengikut highway France. Isi minyak keluar highway masuk pekan Amiens jalan kampung, lalu ladang gandum dan windmill. Masuk semula highway terus ke London.

Tol - 13euro (share)
Feri Calais Dover - RM345 (per family pergi dan balik - swap kredit kad)
Minum dalam Feri - 2.2euro.
Dinner kebab London - 6.2 pound (share)
Homestay London-  RM430 (per family), ada jer hotel murah kat London. Kawan Papa main booking je ni. Tak pe lah sekali jer, lepas ni tahulah Papa.



Mama kat ladang gandum.. batang pokok gandum keras dan tebal.. baru tau. Sebab sejuk kot. Sebenarnya tak study pun ni pokok gandum ka oat ka barli ka... tengok sama ja.
Singgah sekejap ikut jalan kampung. Lepas isi minyak kat pekan Ameins, France nak masuk highway balik.
Menarik sebab windmill kat tengah ladang gandum ni banyak. Windmill adalah salah satu kaedah renewable energy yang menjana tenaga elektrik ke sistem grid. Sebahagian dpd subjek green yang Papa belajar dalam MGEEB. Sumber clean energy untuk masa depan, selain solar, hydro dan lain2.
Dah masuk fery. Menaiki feri merentas Selat Inggeris dari Calais, France ke Dover, England. 1 jam setengah jugak la dalam feri ni.
Minum2 coffee je. Lepas round2 satu fery.
Atas deck nak sampai Dover, England. Cuaca Dover sejuk dan bercahaya walaupun hujan masa kat Calais.





Kat London terjumpa Proton Persona. Sampai London dekat senja. Makan kedai kebab Turki. London lagi mahal harga makan sebab dalam pound sterling kot. Set kebab ada air dan fries 6.2 pound. Tapi banyak tak habis makan sampai bawa balik bilik. Penginapan homestay kat bandar London. Dapat masuk rumah pukul 12.00 tgh mlm. Tunggu pemilik bagi kunci.

5th day - 30 Mei 2016
London - Belgium - Luxembourg
Sarapan pagi kat dapur. Checkout pukul 1130pg. Jalan2 London. Park kat Eye of London. Jalan2 Big Ben. Beli souvineer. Drive cari London Bridge. Tengok dari jauh je, susah cari parking. Cari Masjid. Lepas solat, terus ke Dover singgah Leeds Castle. Naik Feri 5.00 petang. Beli souvineer atas Feri.

Parking London - 5pound (share)
Beli Souvineer kat Big Ben - 20 pound
Beli Souvineer Leeds Castle - 5pound
Beli Souvineer atas Feri - 25euro
Makan kebab Belgium - 5euro (per family)
Hotel Luxembourg - 61euro (per family, booking masa kat London)









Gambar ni dalam bilik homestay kat London waktu pagi.







Tingkat atas ada dapur dan balkoni. Makan maggi dan panaskan kebab balance makan malam semalam. Kawan papa siap basuh baju lagi. Checkout pun lewat dekat pukul 11pagi


Jalan2 London. Parking satu jam 5 pound. Mat saleh Italy yang nak parking situ pun bising.. mahal betul.







 



Dekat sini ada Eye of London dan London Big Ben. (iconic London selain London bridge). James Bond 007 Spectre 2015 pun last scene dia atas jambatan Big Ben tu. Sini beli fridge magnet, T Shirt, cap dan key chain.









 Teksi London.
Kat pasar pagi jual makanan sahaja. Ada la satu gerai halal. Tapi tak beli pun. Masih kenyang makan pagi tadi.
Singgah Leeds Castle dekat dengan Dover. Beli fridge magnet, pen kat sini.
Leed Castle.. tak masuk pun. Istana lama orang Inggeris tengah2 tasik. Lepak2 kat padang dan kedai souvineer je.
Kat deck belakang Fery. Kuat betul angin macam nak terpelanting. Papa&Mama lama kat pasaraya Fery. Masa perjalanan balik ni ada beli Rayban Mama, keychain dan fridge magnet dalam fery.







Meneruskan perjalanan lalu Belgium singgah bandar Charleroi makan kebab Belgium pulak. Sini murah sikit. Set kebab 5euro. Kat Belgium pun dah pukul 10malam. Sampai Luxembourg pukul 1 pagi. Hotel pun tinggalkan kunci dalam post box. Janji dapat tidur setelah drive sejauh ...km. Kawan Papa yang drive.

 Bandar Charleroi, Belgium.













Penginapan di Dudelange, Luxembourg. Hotel Miles 9 Sens.



















6th day - 31 Mei 2016
Luxembourg - Munich

Check out pukul 11. Jalan-jalan ambik gambar kat bandar.















Pukul 12.00tgh baru bertolak ke Munich dengan target pukul 6.00ptg nak pulangkan kereta sewa. Laluan singgah sebentar kat bandar Stuttgart. Sampai Airport Munich pukul 630ptg. Serah semula kereta. Takda bayaran tambahan, tiada accident... Alhamdulillah semua ok.

Diesel - 98.5euro(share)
Park Airport -2euro (share)
Train - 3.9euro seorang















Ambik train perjalanan dekat 2 jam ke Rosenheim transit train kat Ostbahnhof (East Station). Terus ke Rosenheim. Sampai kat Bahnhof Rosenheim pukul 11mlm, sahabat sekelas kat UniKL, Philips ambik kami bawa terus ke penginapan di HLK menaiki kereta Audi kecik dia warna merah. Thanks Philips Lindler.










 Rosenheim Bahnhof
Naik teksi dari sini ke LHK dalam 4euro. Bagitau jer adress Kupferlingstrasse LHK sampai le...

Sampai hostel yang telah di booking untuk selama sebulan, maka tamatlah seminggu trip kami ke Europe. Mama stay kat hostel ni sampai 10/6/15. Papa stay sampai 30/6/15.

Final calculation, sorang bajet lebih kurang RM2,080 (tak termasuk souvineer dan flight pergi balik). Flight Papa ditanggung oleh UniKL. Flight Mama RM2,900. Kos untuk Mama RM4,980 lah jadinya. Puas hati sebab hampir 1 Europe dah sampai dalam seminggu.

>>>>> Bersambung ke Minggu ke 2. Klik Sini Mama seminggu di Rosenheim, Germany.
Minggu ke 2 Papa&Mama ke Wood City, Rosenheim, Prien am Chiemsee (tasik Chiem kat Prien) dan Salzburg, Untersberg Austria.


No comments:

Post a Comment